Welcome :)
I Love My Blog , I Love My Life
If You Wanna Live Longer, Don't Make Sibbayy Here Please This Is What I Feel ~
Credit
Skin by : Zuhairah Zainuddin Edited by : Diana DeWyze
|
Pinjaman .
Friday, 25 May 2012 | 01:41 | 0 army(s)
Dalam dunia ni semuanya milik Allah,
aku tak terkejut dengan pemergian arwah papa dua hari lepas,
sebab aku tau , Allah hanya meminjamkan semua tu kpd aku.
Tak dinafikan mmg aku sedih..
Tapi, aku ingat kat luar sana tu MESTI ada org yang lebih tak bernasib baik dari aku,
Sesungguhnya aku bersyukur sebab Allah tak ambil kedua-dua ibubapa aku ,
Dia mengambil papa je, Aku bersyukur !
Semua yang berlaku ni atas kehendak Yang Maha Esa, mungkin ini yang terbaik utuk kami sekeluarga, aku tak tahu lah, Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui .
Lumrah lah, yang hidup pasti akan mati,
Dari mana Ia datang, Ke situ jugak Ia akan dikembalikan.
Allah itu maha adil, tiada sesiapa pun akan hidup sempurna di dunia ciptaan-Nya ini,
hidup aku sudah cukup sempurna barangkali !
Aku tak boleh sedih sepanjang masa, tak boleh nangis sepanjang masa..
Dan aku pasti itu juga kehendak papa .
Tetapi aku bersyukur sangat, aku ada untuk papa sepanjang minggu sebelum dia pergi menghadap Ilahi.
Papa tinggalkan harta secukupnya untuk anakbini dia,
Lepas dia pergi , baru kami perasan,dia mmg ada bagi petanda yang dia nak pergi,
cuma kami je yang terlalu asyik dengan keseronokan di dunia,
Ya, mmg aku seronok seminggu sebelum dia pergi,
Kerana itu yang dia nak ,
kerana dia tahu.
Tiada apa apa yang aku ada untuk membalas jasa Papa
aku hanya mampu menangis atas pemergian dia ,
aku hanya mampu menemankan dia sepanjang malam sebelum dikebumikan,
Aku tak ada apa-apa !
Tapi dia tahu aku sayang dia pun sudah memadai.
Aku sempat melaksanakan segala permintaan dia sebelum dia pergi.
Alhamdulillah, Majlis pengebumian , dan segalanya berjalan dengan lancar,
tiada cacat dan celanya ,
papa dikebumikan dengan sempurna.
Alhamdulillah Ya Allah , aku bersyukur kepadaMu .
Kau berilah kami kehidupan yang lebih baik ,
Kau panjangkan lah umur kami,
Kau bekalkanlah kami kesihatan yang baik,
Kau murahkanlah rezeki kami,
Kau berkatilah kami,
Kau permudahkanlah segala urusan kami.
Ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf,
Kau berikanlah keampunan kepada Papa,
Kau tempatkanlah dia bersama orang yang beriman,
Semoga papa selamat, dan bahagia diSana.
Al-Fatihah..
|